Isnin, 18 Jun 2007

SIMPANG EMPAT DEPAN AMPANG POINT......INILAH PERJUANGAN



Jumaat (8 Jun 2007)

1.00 pm

Masjid Tabung Haji, KL

Aku bersama 2 sahabat sekerja datang untuk menunaikan solat jumaat kat sini. Bak kata orang, bukan datang sebarang datang, datang kami untuk berjuang. Tengah hari jumaat tu merupakan kali pertama aku naik LRT dalam waktu kerja. Almaklumlah orang yang menjadi pemandu untuk diri sendiri mcm aku nie. Jarang dapat merasa naik LRT. Sheikh sempat memberitahu aku area Masjid Tabung Haji memang susah nak parking. Ruang dalam masjid juga agak sempit disebabkan ramai jemaah pada hari tu. Oleh sebab itu, aku bersiap sedia membawa sejadah sendiri yg aku simpan dalam beg. Yg melucukan, time makan tengah hari, ramai memerhatikan aku. Agaknya mesti dieorg terfikir, apalah mamat ni nak buat bawak beg besar2 mcm nak panjat gunung waktu solat jumaat nie?. Takpelah. Korang pikirlah apa pun aku tak kisah. Aku lebih suke bersedia awal. Mana tau mungkin terpaksa bersolat di luar masjid. Bagi kami bertiga, iaitu Sheikh, Che Wan dan aku, kesukaran begini merupakan sesuatu yg biase yg harus ditempoh oleh pejuang-pejuang seperti kami ini. Masjid jauh dari ofis bukan alasan untuk meninggalkan pejuangan ini.

Alhamdulilah, masuk ke masjid masih ada lagi ruang untuk kami menunaikan solat. Sewaktu berjalan masuk tadi, aku terserempak dengan kawan lama, juga terlibat sama di dalam perjuangan ini. Malam semalam pun jumpe mamat nie. Tengah hari nie jumpe lagi. Aku pasti die pun sama mcm aku..masih bersemangat.

Selesai menunaikan solat jumaat, kami bergegas keluar dengan segera. Aku dah menunggu di kaki lima bangunan Tabung Haji tersebut siap sedia dengan kamera milik tunang(nak beli belum mampu beb..hehe). Aku bertanggungjawab sbg jurufoto bebas ini sebenarnya bagi menyimpan kenangan di dalam melaksanakan perjuangan ini di samping memberi maklumat dan pendedahan kepada sahabat-sahabat yg masih tidak mengerti betapa perlunya perjuangan seperti ini. Dalam lebih kurang 2 minit, berkumpullah semua aktivis-aktivis muslim di kawasan tersebut. Kumpulan ni membawa sepanduk, kain rentang dan flyers antaranya menyatakan “ ISLAM UNITED WILL NEVER BE DEFEATED”,”STOP MILITARY CAMPAIGN, NO MORE BLOOD” dan ”JUSTICE FOR ALL”.

Inilah detik-detik yg kami bertiga nanti-nantikan. Inilah perjuangan. Sungguhpun kami tidak mampu pergi berjuang membantu dengan mengangkat senjata, kami berusaha dan bersama dengan kumpulan ini. Kalau korang semua nak tahu, sebenarnya demonstrasi yg dianjurkan kali ini ialah bagi membantah kekejaman tentera Thailand di Selatan Thai. Kekejaman yg berlaku terhadap orang islam di Wilayah Pattani, Yala dan lain-lain perlu dibela. Aku terpanggil utk bersama kumpulan aktivis-aktivis Islam yg dalam perjalanan ke kedutaan Thailand dengan tujuan menyerahkan memorandum bantahan. Sebagai seorang muslim yg dalam penghijrahan menuju mukmin sejati, aku merasa bertanggugjawab membela nasib saudara seislam kita di Selatan Thai ini. Tidak dapat bergadai nyawa, sekurang-kurangnya aku mesti bergadai tenaga, harta dan masa untuk membantu meringankan penderitaan mereka.

Kami berjalan dari Masjid Tabung Haji dengan bermunajat, laungan takbir “ Allah huakbar”…terasa betapa bersemangatnya aku dan sahabat – sahabat ketika itu. Di sepanjang perjalanan, aku sempat mengambil beberapa keping gambar foto. Perjuangan seperti ini perlu disebarkan. Walaupun aku bukan secara langsung terlibat, tetapi sekurang-kurangnya aku membantu memberikan maklumat kepada sahabat-sahabat yg masih belum mengerti perjuangan kami ini. Simpang Empat di hadapan Kompleks Beli Belah Ampang Point menjadi saksi perjalanan menuju perjuangan kami ini.

“Sheikh, tepat 2.10pm kita balik yer?” kataku. Sheikh pun menjawab “OK. Kita pun ada tanggungjawab lain selepas nie.” sambil tersenyum. Sewaktu tiba di depan kedutaan, kelihatan beberapa pegawai polis dan FRU telah bersiap sedia menjaga kawasan tersebut. Bagi aku, polis ada di kawasan ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka, menjaga keamanan negara dan masyarakat. Aku tidak pernah menyalahkan mereka yg menjaga perhimpunan ini agar berlangsung dengan aman. Kami pun bukan datang ke mari untuk mencetuskan provokasi, tetapi ingin meluahkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap kekejaman yg dilakukan ke atas saudara mara kami.

Ucapan demi ucapan dibuat oleh tokoh-tokoh yang kebanyakannya pemimpin Parti Islam dan NGO-NGO Islam dan diselang dengan laungan “Allah Huakbar”, “Hancur Thailand” dan lain – lain lagi. Ketika aku tengah sibuk mengambil gambar foto, datang seorang lelaki berpakaian ofis menghampiri aku. Beliau rapat denganku dan bertanya “ Siapa yg tengah berucap tu?”. Aku bingkas menjawab”Saya tak tahu..Baru pertama kali nampak”. Di dalam hati aku berbisik “Kalau aku tahu pun aku takkan bagitahu kau”...”Aku tak tahu siapa dan apa tujuan lelaki tersebut bertanya”....Kemudian die bertanya seorang remaja di sebelah aku...Budak remaja pun memberitahu lelaki tersebut bahawa lelaki yg menyampaikan ucapan tersebut ialah Ustaz Nasruddin Tantawi.

Hati aku berdetik tiba-tiba mendengar nama tersebut. Nama ustaz yang aku biasa lihat di dalam blognya di mana aku selalu melayari dan menyalin bahan bacaan ilmiah dan ilmu agama yg ditulis oleh Ustaz Nasruddin. Tak sangka kita berjumpa di majlis seperti ini ustaz walaupun dari jauh. Aku memang hampir setiap hari akan melayari laman blog ustaz yg menamakan blognya sebagai “Diari Seorang Mujahid”. Isi kandungan blog ini banyak memberikan manfaat yg berguna. Antaranya ustaz akan mengupas isu-isu semasa di Malaysia, komen berkenaan isu semasa dan kenyataan yg dikeluarkan oleh tokoh-tokoh tertentu serta khutbah jumaat beliau.

Berbalik kepada perhimpunan tadi, semakin lama bilangan hadirin yg menyertai perhimpunan ini bilangannya semakin ramai. Kaum muslimah juga turut hadir menyokong bantahan yg dibuat. Tepat 2.10 pm - Kami terpaksa meninggalkan kumpulan tersebut. Mereka masih di sana menyatakan bantahan. Sewaktu aku dan sahabat-sahabat meninggalkan mereka, memorandum bantahan masih belum diserahkan kepada pihak kedutaan. Kami terpaksa beredar kerana masih ada tanggungjawab lain pula yg perlu diselesaikan. Di sepanjang laluan kami menuju stesen LRT Ampang Park, kami brtembung dengan beberapa orang FRU. Alhamdulilah, mereka tidak menegur atau mempedulikan kami. Sedang kami berjalan menghampiri tempat mereka berada, lalu sebuah kereta jenama proton satria. Kami tertarik perhatian dengan kereta ini disebabkan penumpang yg duduk di pintu hadapan kereta mengeluarkan kepala....Lelaki berambut panjang dan bertubuh agak besar menegur anggota FRU di depan kami “ Ada apa depan tu bang?...lantas anggota FRU tersebut membalas teguran dengan berkata “serah memorandum”.Mamat yg berada dalam kereta terus membalas...”apalah dieorg nie..menyusahkan orang je”. Aku yg hampir dengan perbualan tersebut tersentak. MENYUSAHKAN ORANG? Mamat nie tak guna betul bisik hati aku. Aku fahamla laluan ke jalan tersebut agak jam disebabkan perhimpunan aman tersebut. Tapi aku rase dia tak patut cakap mcm tu. Sudahlah kau tak mahu bersama-sama menyokong bantahan tersebut sebaliknya siap kutuk lagi. Langsung tak ambil tahu isu berkaitan agama. Langsung tak peduli pasal penindasan ke atas saudara seagama. Aku berbual dengan 2 sahabat memberi komen mengenai mamat nie.”Memang ramai orang melayu kita mcm ni, die tak rase ditindas,dizalimi lagi..Kalau tiba bala di negara kita sama mcm saudara seagama kita, barulah die tahu.”

Perjalanan kami tiba ke destinasi pada pukul 2.35 petang. Di sepanjang perjalanan menggunakan kaki tadi, memang agak mengahla aku rasa. Apa lagi sahabat-sahabat yg turut serta masing-masing lebih berumur dari aku. Namun penat lelah kami ni kalau nak kire terlalu sedikit berbanding perjuangan menggadai nyawa utk mempertahankan maruah islam oleh saudara kita di Selatan Thai. Apa yg aku boleh bantu hanyalah berdoa kepada Allah memberi kemenangan kepada mereka. Dan kepada sahabat-sahabat seperjuangan...”Semoga perjuangan kita dengan niat kerana Allah ini diredhai dan diberi kekuatan oleh Allah yg Maha Esa untuk menyertai perjuangan yg lebih mulia di sisi agama di masa – masa hadapan.....ALLAH HUAKBAR!!!!!!

Tiada ulasan: