Isnin, 18 Jun 2007

WAL HASIL BALIK ASAL

Aku pun tak tahu mengapa aku gune tajuk nie untuk topik kali nie. Ermm malam tadi si faisal ded1 mesej aku.Ayat die berbunyi “ khamis ini ada dialog lina joy anjuran DAP d hotel Armada…”.Masih tak puas hati lagi ke? Aku terfikir sebentar.Takpela.Maybe sebagai non-muslim, sifat tidak puas hati di kalangan mereka akan wujud. Keputusan Mahkamah Persekutuan tidak membenarkan Azlina Jailani untuk menukar nama dan status agama islam di dalam Kad Pengenalannya ditolak. Ianya memberikan pelbagai reaksi daripada semua sama ada positif mahupun negatif. Ada yang menentang dan ada yang menyokong. Yang pastinya aku adalah salah seorang daripada penyokong keputusan mahkamah tersebut. Mahunya tidak. Kesalahan murtad di sisi islam adalah sangat serius beb…Ada yang menafsirkan perlu diberi peluang taubat selama 3 hari, ada yg ada ulamak yang menafsirkan 3 hari tersebut diberi tempoh panjang seumpama 3 bulan..tetapi jika si murtad tidak mahu juga bertaubat, halal nyawa si murtad tersebut untuk dibunuh..

Bagi aku apakah permasalahan murtad ini mudah sangat berlaku di kalangan melayu. Dari statistic yang boleh dipercayai, kebanyakan yang murtad adalah golongan wanita,ade juga mualaf yg keluar semula dari islam. Kenapa mudah sangat? Bermacam-macam alas an diberikan. Paling ketara disebabkan approach atau pendekatan dari gol. Mubaligh kristian yg menggunakan pendekatan kasih saying,mesra. Ada juga yg beri alas an ingin mencuba/suka-suka.

Tak perlulah aku ulas dengan lebih panjang mengapa dan kenapa?aku tengok pelbagai pihak sama dah mengulas mengenai hal ini namun masih ramai orang melayu yg murtad.

Dulu di kampung, aku dari kecik di ajar mengaji,bersolat..akan dirotan jika tinggal solat. Susah jugak untuk aku bangun pagi menunaikan solat subuh kalau tak dipakse. Kakak aku amat mengambil berat hal-hal agama selain ibubapa. Kata die “ jangan ejek orang pakai purdah itu ninja, sebab ia seolah-olah mempersenda suruhan Allah, seolah-olah menghina Allah. Peringatan tersebut memberi kesan kat orang mcm aku nih.Sbb aku mudah terima dan akui kalau itu hukum Allah, better jangan buat main.

Time aku kt UM pun sama, aku sgt gile music underground. Kawan-kawan ade jugak tegur pasal rambut aku, melolong melalak dlm bilik jamming kolej 2 tu.Bagi aku itu semua nasihat yg baik, aku terima dgn rela hati. Sebab mmg hokum rambut panjang bagi lelaki sehinggan menyerupai wanita adalah haram. Namun kerana time tu aku masih budak-budak nakal lagi, maybe jugak aku belum ada kesedaran,aku terpengaruh. Tapi Alhamdulilah, berkat kesedaran di dalam diri serta berusaha ingin berubah dan taubat, aku berubah sikit-sikit. Aku memotong pendek rambut aku yg mayang menghurai selepas tamat menuntut di UM. Seperkara lagi, aku ni fan Liverpool FC. Jersey lfc Oldskool yg aku ade aku jual semua sbb ade lambing Carlsberg.

Cuma apa yg aku nak sampaikan mesej di sini kesedaran diri terhadap agama tu penting sebenarnya.Teramatlah penting. Jangan beri peluang kepada diri kite untuk mempersenda atau mencuba hal-hal yg melibatkan agama. Kalau kite inginkan hidayah Allah, kite perlu sendiri perlu berusaha mencari,niat untuk betul-betul berubah dan berdoa memohon hidayah tersebut. Bagi aku orang yg murtad nie antara sebab paling utama mungkin sensitiviti dan keseriusan mereka di dalam hal-hal agama tidak wujud. Sebab tu ade pengakuan gadis murtad di dalam Harian Metro menyatakan die murtad dengan pada asalnya saja cuba2 ikut kawan-kawan non muslim ke tempat ibadat agama mereka. Setau aku, kalau tak cukup ilmu di dada, jangan cube-cube benda-benda mcm ni. Kalau akidah dan tauhid kite tak cukup kuat, jangan cube untuk mengkaji agama-agama lain tanpa usul periksa dan membabi-buta. Jangan berani mencuba benda yang melibatkan hal-hal sensitiviti agama macam nie.

Kepada golongan murtad, aku berharap fikirlah betul-betul,berulang2 kali, ketauhidan terhadap Allah.pulangla ke pangkal jalan Sesungguhnya agama Islam adalah dari agama Allah..yang akan menyelamatkan kamu dari api neraka yg seksaannya sgt pedih…tidak dapat digambarkan…taubatlah sebenar-benar taubat….Pulanglah ke sisi Islam……....Wal Hasil Balik Asal…

Tiada ulasan: