Ahad, 29 Mac 2009

Puisi Buat Hayfa Humaira




Dia…Hayfa’ Humaira’
Puisi dan pelitaku
Kau sejuk seperti titik embun membasah di daun jambu
Di pinggir kali…yang bening
Sayap – sayapmu kecil lincah berkepak
Seperti burung camar terbang mencari tiang sampan
Tempat berpijak kaki dengan pasti
Mengharungi nasibmu
Mengikuti arus air berlari

Dia…Hayfa’ Humaira’
Engkaukah gadis itu
Yang selalu hadir dalam mimpi-mimpi
Di setiap tidurku
Datang untuk hati yang kering dan sepi
Agar bersemi lagi...bersemi lagi

Kini datang mengisi hidup
Hulurkan mesra tanganmu
Bergetaran rasa jiwaku
Menerima karunya mu


-Papa-

Kompang Gema Astar Akhirnya Menjadi Johan Festival Seni UM

Tahniah kepada anak2 buah aku yg menjadi johan pada sabtu lepas... memang dieorang dah lama idam2kan title tu. sejak aku latih dieorg, asyik dapat no2 je..huhuhuh.tahun ni baru merasa jadi johan..tahun hayfa lahir ni byk perkara baik berlaku..macam2 aku rase..harap2 liverpool pun menang title la this season.

Apa lagi aku nak crite...aku rase cukuplah sekadar tahniah di atas usaha budak-budak kompang koleh astar ni. apa yg aku harapkan agar seni kompang ni dipanjangkan terus kepada semua generasi Um khususnye dan Malaysia amnye. Jangan hanya pentingkan kemenangan tetapi yg lebey penting seni pukulan kompang itu sendiri tidak dipiggirkan. Kualiti seni muzik melayu haruslah dijaga kalau bukan kite siapa lagi.. Aku taknak suatu hari nanti cucu cicit kite tak kenal warisan alat muzik nenek moyang mereka nie

Hayfa Humaira


Lama aku dah tak update blog nie..mmg leceh kalau takde internet kt rumah..takkan nak tulis blog kt ofis plak kan. anyway sekarang aku dah ade baby yang sangat comel..namanye hayfa humaira. umur die time aku type blog ni dah hampir 2 bulan.


haRi nie Hayfa ikut aku & wife pergi alamanda as usual.memang tiap2 minggu mesti akan keluar.hayfa seorang anak yg baik & x pandai sangat menangis.cume time die nak tido die akan minta dibelai sekejap..mmg cute.


aku type sebelah die yg tgh tido ni.ade byk cerita yg cute psl hayfa nie..pertama sekali mummy die tgh pening sbb until now hayfa masih taknak minum susu gune puting botol. setiap kali bagi guna botol, mesti die akan keluarkan balik semua susu tu.yg bestnya die simpan susu tu dalam mulut dulu.pastu keluarkan semua skali.
Time nak menyusu Hayfa akan merengek2 sambil tangan kiri & kanan die naik ke atas..
Hayfa ..Hayfa...apa lagi perkara nakal yang akan die buat pasni...